Alhamdulillah... Dengan izin Allah, masih lagi laris

Alhamdulillah... Dengan izin Allah, masih lagi laris

Selasa, 20 Julai 2010

Pilihan Kedai Buku POPULAR Bagi Bulan Julai 2010

Top 30 Buku PTS Bagi Jualan Bulan Jun 2010... Alhamdulillah... Dengan Izin Allah

Monday, July 05, 2010
TOP 30 Buku PTS Bagi Jualan Bulan Jun 2010
1. Hidangan Mudah, Cepat & Enak: Bersahur
2. Hidangan Mudah, Cepat & Enak: Berbuka Puasa
3. Diari Ramadan
4. Alexander Adalah Zulqarnain
5. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
6. Perang Badar: Perang Penentuan
7. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
8. Hidangan Terbaik Dunia: Brunei
9. Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi
10. Mukjizat Qiamullail
11. Adab Ramadan
12. Paksi 40 Imam Nawawi
13. Khalifah-khalifah Yang Benar
14. Dahsyatnya Doa Ibu
15. Munajat Malam
16. Hadiah Daripada Pengantin
17. Hidangan Terbaik Dunia: Cina
18. Quranic Leadership: Seni Memimpin Gaya Al-Quran
19. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah
20. Hebatnya Kuasa Istikharah
21. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
22. Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak
23. Sarah Dan Duit Raya
24. Berfikir Gaya Trump
25. Great Work Great Career - Ed. Bahasa Melayu
26. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
27. Senangnya Memasak Ayam
28. Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah
29. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
30. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur

Dipetik daripada : http://www.universitipts.com/

Ahad, 6 Jun 2010

KENAPA DIKETENGAHKAN 'Pelajar Biasa, belajar cara biasa, hasilnya... keputusan luar biasa'


Jika anda ke kedai buku dan memandang buku ini, selain daripada tajuk dan nama saya yang anda baca, anda juga akan terbaca kata-kata ini 'pelajar biasa, belajar cara biasa, hasilnya... keputusan luar biasa'. Mungkin anda tertanya-tanya, 'kenapa saya ketengahkan hal ini?'.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sebagai guru, warden asrama dan juga pengendali ceramah & bengkel budaya belajar berkesan, jika ditanya tentang teknik belajar yang diamalkan, kebanyakan daripada mereka menjawab, 'kurang mendapat pendedahan tentang cara belajar yang betul & berkesan. Belajar begitu sahaja'. Malah, mereka gemar belajar di saat-saat akhir atau last minute sebelum menjelangnya ujian atau peperiksaan.

Ditanya lagi, 'apakah perasaan mereka pada ketika itu?', mereka menjawab, 'penat, kurang yakin dan kurang tenang untuk menghadapi ujian dan peperiksaan'. Kesian bukan? Sedangkan mereka boleh tenang dan lebih yakin untuk menghadapinya. Caranya, belajar sedikit demi sedikit daripada awal tahun.

Bertitik tolak dari sinilah, timbulnya kesedaran untuk saya menghasilkan buku TIP BELAJAR SEDIKIT DAPAT BANYAK. Satu cara untuk saya membantu pelajar-pelajar ini. Saya juga menyifatkan buku ini sebagai BUKU RUJUKAN bagi MATA PELAJARAN TEKNIK BELAJAR. Walaupun mata pelajaran ini tidak wujud di sekolah, tetapi pelajar-pelajar harus mempelajari & mempraktikkan teknik belajar berkesan agar MUDAH FAHAM, MUDAH INGAT & digunakan untuk MENJAWAB SOALAN UJIAN/PEPERIKSAAN.

Jangan bimbang jika anda PELAJAR BIASA & BELAJAR CARA BIASA. Jika kena caranya, HASILNYA... KEPUTUSAN LUAR BIASA. Selamat menerokai, memahami & mempraktikkan TIP BELAJAR SEDIKIT DAPAT BANYAK.

Sabtu, 29 Mei 2010

SEDUTAN BAHAGIAN 'PENUTUP' BUKU TIP BELAJAR SEDIKIT DAPAT BANYAK

Berdasarkan pengalaman sendiri & penelitian gelagak pembeli buku, kita mengambil masa kurang daripada 5 saat mengamati kulit hadapan buku sebelum beralih ke kulit belakang buku untuk membaca blurbnya (blurb adalah penerangan ringkas mengenai kandungan buku yang dicetak pada kulit buku).

Jika kita berminat untuk membelinya, kemungkinan besar kita mengambil kesempatan untuk membaca sepintas lalu bahagian 'PENUTUP' atau 'KESIMPULAN' buku tersebut bagi mendapat gambaran keseluruhan kandungan buku tersebut. Berikut dikongsikan sedutan bahagian 'PENUTUP' buku ini.


Think Big.. Act Now.. Start Small..
Alhamdulillah, Syabas, & Tahniah! saya ucapkan kerana anda berkesempatan untuk membaca dan meneroka kandungan buku ini. Tidak kiralah anda membelinya sendiri, dihadiahkan oleh seseorang, meminjamnya dari perpustakaan atau meminjam dari rakan-rakan anda.

Apa yang penting bagi saya ialah sejauhmana buku ini bermanfaat untuk membantu anda belajar dengan berkesan? Sebenarnya, buku ini sama sifatnya dengan buku-buku teknik-teknik dan kemahiran belajar lain yang terdapat di pasaran.

Penulis hanya mampu memberikan panduan dan saranan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Selebihnya bergantung kepada diri anda sendiri. Penulis tidak mampu mengubah cara anda belajar. Malainkan anda sendiri yang mengubahnya. Nah.. sekarang hidangan sudah berada di depan mata, tunggu apa lagi?

Jangan jadikan diri anda seperti katak yang diletakkan di dalam periuk yang berisi air. Dengan perlahan-lahan air itu dipanaskan, katak itu akan membiarkan dirinya direbus hingga mati.

Demikianlah juga dengan diri anda. Jika anda hanya membaca buku ini, tetapi tidak berusaha untuk bertindak mengamalkan isi kandungannya, maka anda tergolong dalam golongan orang yang rugi. Anda bertanggungjawab untuk menentukan corak keputusan peperiksaan anda nanti. Tunggu apa lagi? Think Big.. Act Now.. Start Small..

Berasaskan Pengalaman, Mudah Untuk Diamalkan

Hah... masih ingat lagi dengan kisah katak tadi? Mahukah nasib anda sama dengan nasib katak itu? Janganlah marah ya! Bukannya apa, sekadar nak cabar anda. Dah anda kata nak berjaya, kenapa tidak Think Big..? Act Now..? Start Small..?

Mulai sekarang, setkan hati dan minda anda untuk menjadi seorang pelajar yang berfikiran besar. Dalam kata lain, mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai. Bukannya belajar tanpa matlamat yang menyebabkan anda tida bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Jangan bertangguh lagi! Mula bertindak sekarang. Walaupun sedikit demi sedikit. Jangan tidak memulakannya langsung. Jika anda hendak mendaki gunung yang tinggi sekali pun, semestinya anda bermula dengan langkah pertama. Betul tak? Bukannya hanya melihat gunung tersebut.

Tahukah anda, tip-tip dan panduan yang dikemukakan di dalam buku ini adalah berasaskan pengalaman saya sendiri sebagai pelajar, guru, warden asrama dan juga fasilitator pembelajaran. Mudah untuk diamalkan bukannya teori semata-mata.

Sewaktu saya menulis buku ini, saya membayangkan bagaimana seorang pelajar yang bukan semulajadinya genius, tetapi mempunyai semangat dan kesungguhan untuk belajar dapat belajar dengan berkesan dan seterusnya mencatatkan keputusan peperiksaan yang membanggakan.

Adakah anda salah seorang yang saya bayangkan itu? Mungkin juga! Akhir kata daripada saya, selamat belajar sedikit demi sedikit, tetapi hasilnya membanggakan.

SIAPA PENULIS BUKU INI?


Buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak ini ditulis oleh Mohd Razali Kamarudin. Senang dipanggil dengan panggilan Cikgu Razali. Merupakan seorang guru dan juga warden asrama di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Chenor, Maran, Pahang. Sering mengendalikan ceramah, seminar, kursus dan bengkel Latihan Budaya Belajar Berkesan sama ada di peringkat sekolah mahupun Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pengalaman sebagai guru dan ditambah dengan pengalaman sebagai warden asrama, Cikgu Razali terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan pelajar-pelajar menerusi buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak. Terokai tip-tip pelajar biasa, yang belajar cara biasa tetapi hasilnya keputusan peperiksaan luar biasa.

Buku-buku lain tulisan Cikgu Razali ;
1. Syoknya Belajar! Terbitan Alaf 21
2. Mudahnya Mengajar! Terbitan Alaf 21
3. Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali. Terbitan Utusan Publications & Distributors

Jemput Cikgu Razali untuk mengendalikan ceramah, seminar, kursus atau bengkel Latihan Budaya Belajar Cemerlang dengan menghubungi beliau di talian 013-9619421 atau emelkan kepada razaliesq165@yahoo.com
juga
boleh menjemput Cikgu Razali untuk mengupas kandungan buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak.

SENTUHAN PEMBUKA 'MOOD'

Buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak menjawab dilema pelajar yang sentiasa dihambat waktu saban hari.

Tempoh masa 24 jam sehari dirasakan terlalu singkat dan tidak cukup bagi mengulang kaji pelajaran dalam tempoh yang lama.

Namun para pelajar mampu tersenyum lega apabila selesai membaca buku ini yang padat dengan pelbagai tip dan info santai seperti:

  1. Bina Mood Belajar Dengan Sengaja
  2. Hentikan Sabotaj Diri Sendiri
  3. Membuka Minda Untuk ‘A’
  4. Praktikkan Pembacaan Aktif
  5. Beranikan Diri Dengan Peperiksaan
  6. Mari Bedah Kertas Peperiksaan
  7. Amalan Kerohanian Penenang Jiwa


Fahami dan praktikkan teknik yang diajar di dalam buku ini bagi menguji keberkesanan belajar dengan cara biasa, namun mampu memperoleh markah yang luar biasa setiap kali kertas peperiksaan ditanda.