
Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak merupakan sebuah buku motivasi yang menghiburkan dan memberi banyak peringatan serta tips kepada pelajar terutamanya kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti saya.
Buku ini hadir dengan kulit yang sangat menarik yakni gambar buku dan alat mendengar. Selain itu, buku ini juga menarik perhatian kerana judulnya yang memikat hati. Judulnya memang menarik hati bagi pelajar yang biasa-biasa seperti saya ini. Di samping itu, kata-kata yang diletakkan di kulit hadapan iaitu “Pelajar Biasa, belajar secara biasa, hasilnya…keputusan luar biasa’ juga telah membakar semangat para pelajar seperti saya.
Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian 1 akan membuat kita mengenal diri kita dengan baik dan kita dapat mengesan kelemahan kita. Bahagian 1 juga akan membuat kita mempunyai mood untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh .
Bahagian 2 pula akan memberi kesedaran kepada para pelajar agar belajar dengan cara yang terbaik. Seterusnya, bahagian 3 pula akan mendedahkan tentang tentang teknik ulangkaji. Bahagian 4 pula akan membicarakan tentang peperiksaan yang menjadi kawan karib pelajar.
Tambahan pula, bahagian 5 merupakan bahagian yang paling menarik dalam buku ini. Dalam bahagian 5 ini, kita akan didedahkan dengan amalan kerohanian yang merupakan salah satu aspek penting dalam memacu kejayaan dalam kehidupan.
Bagi aspek bahasa, buku ini menggunakan bahasa Melayu yang standard. Bahasanya juga mudah difahami dan dapat memikat hati agar pembaca meneruskan bacaannya.
Secara keseluruhannya, buku ini telah berjaya membuka minda dan hati saya agar terus membuat perubahan dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Buku ini juga telah berjaya membuat saya agar terus membuat refleksi diri agar tidak terpesong ke jalan yang sia -sia. Sesungguhnya, buku ini memang berbaloi untuk dimiliki oleh setiap pelajar seperti saya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan