Jika anda ke kedai buku dan memandang buku ini, selain daripada tajuk dan nama saya yang anda baca, anda juga akan terbaca kata-kata ini 'pelajar biasa, belajar cara biasa, hasilnya... keputusan luar biasa'. Mungkin anda tertanya-tanya, 'kenapa saya ketengahkan hal ini?'.
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sebagai guru, warden asrama dan juga pengendali ceramah & bengkel budaya belajar berkesan, jika ditanya tentang teknik belajar yang diamalkan, kebanyakan daripada mereka menjawab, 'kurang mendapat pendedahan tentang cara belajar yang betul & berkesan. Belajar begitu sahaja'. Malah, mereka gemar belajar di saat-saat akhir atau last minute sebelum menjelangnya ujian atau peperiksaan.
Ditanya lagi, 'apakah perasaan mereka pada ketika itu?', mereka menjawab, 'penat, kurang yakin dan kurang tenang untuk menghadapi ujian dan peperiksaan'. Kesian bukan? Sedangkan mereka boleh tenang dan lebih yakin untuk menghadapinya. Caranya, belajar sedikit demi sedikit daripada awal tahun.
Bertitik tolak dari sinilah, timbulnya kesedaran untuk saya menghasilkan buku TIP BELAJAR SEDIKIT DAPAT BANYAK. Satu cara untuk saya membantu pelajar-pelajar ini. Saya juga menyifatkan buku ini sebagai BUKU RUJUKAN bagi MATA PELAJARAN TEKNIK BELAJAR. Walaupun mata pelajaran ini tidak wujud di sekolah, tetapi pelajar-pelajar harus mempelajari & mempraktikkan teknik belajar berkesan agar MUDAH FAHAM, MUDAH INGAT & digunakan untuk MENJAWAB SOALAN UJIAN/PEPERIKSAAN.
Jangan bimbang jika anda PELAJAR BIASA & BELAJAR CARA BIASA. Jika kena caranya, HASILNYA... KEPUTUSAN LUAR BIASA. Selamat menerokai, memahami & mempraktikkan TIP BELAJAR SEDIKIT DAPAT BANYAK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan