Alhamdulillah... Dengan izin Allah, masih lagi laris

Alhamdulillah... Dengan izin Allah, masih lagi laris

Khamis, 23 September 2010

PROMOSI KHAS UNTUK CALON UPSR & PMR 2010

Alhamdulillah dan Tahniah! buat calon UPSR 2010 kerana baharu sahaja selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010. Insya Allah, saya mendoakan agar Allah SWT anugerahkan kejayaan yang cemerlang seperti yang anda mahukan. Bagi calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 pula, teruskan membuat persediaan bagi menghadapi PMR yang bakal menjelma tidak lama lagi. Saya juga mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan anda menjawab soalan tersebut.

Bagi mengisi masa lapang sementara menantikan keputusan UPSR atau PMR diumumkan nanti, apa kata isilah masa lapang yang ada ini dengan membaca buku motivasi belajar yang santai dan ringan sebagai persediaan bagi meneruskan pembelajaran berikutnya. Bagi calon UPSR, sebagai persediaan ke sekolah menengah. Bagi calon PMR pula, sebagai persediaan ke peringkat menengah atas.

Suka saya cadangkan agar anda membaca buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak. Buku ini amat sesuai untuk dibaca pada masa sekarang kerana tip-tipnya amat berguna bagi membantu anda memulakan sesi persekolahan yang baharu nanti. Setakat ini, Alhamdulillah banyak komen dan maklum balas positif yang saya terima dan ramai pelajar yang telah mendapat manfaatnya.

TEMPAH SEKARANG! dengan menghantar SMS kepada saya dengan menaip 'TBSDB'. Kemudian, saya akan memberikan arahan seterusnya bagi mendapatkan buku ini.

Terima kasih atas sokongan anda! Mudah-mudahan ianya bermanfaat buat anda!

Ahad, 5 September 2010

KOMEN PEMBACA... Dipetik Daripada Portal PTS (www.pts.com.my)


Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak merupakan sebuah buku motivasi yang menghiburkan dan memberi banyak peringatan serta tips kepada pelajar terutamanya kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti saya.

Buku ini hadir dengan kulit yang sangat menarik yakni gambar buku dan alat mendengar. Selain itu, buku ini juga menarik perhatian kerana judulnya yang memikat hati. Judulnya memang menarik hati bagi pelajar yang biasa-biasa seperti saya ini. Di samping itu, kata-kata yang diletakkan di kulit hadapan iaitu “Pelajar Biasa, belajar secara biasa, hasilnya…keputusan luar biasa’ juga telah membakar semangat para pelajar seperti saya.

Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian 1 akan membuat kita mengenal diri kita dengan baik dan kita dapat mengesan kelemahan kita. Bahagian 1 juga akan membuat kita mempunyai mood untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh .

Bahagian 2 pula akan memberi kesedaran kepada para pelajar agar belajar dengan cara yang terbaik. Seterusnya, bahagian 3 pula akan mendedahkan tentang tentang teknik ulangkaji. Bahagian 4 pula akan membicarakan tentang peperiksaan yang menjadi kawan karib pelajar.

Tambahan pula, bahagian 5 merupakan bahagian yang paling menarik dalam buku ini. Dalam bahagian 5 ini, kita akan didedahkan dengan amalan kerohanian yang merupakan salah satu aspek penting dalam memacu kejayaan dalam kehidupan.

Bagi aspek bahasa, buku ini menggunakan bahasa Melayu yang standard. Bahasanya juga mudah difahami dan dapat memikat hati agar pembaca meneruskan bacaannya.

Secara keseluruhannya, buku ini telah berjaya membuka minda dan hati saya agar terus membuat perubahan dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Buku ini juga telah berjaya membuat saya agar terus membuat refleksi diri agar tidak terpesong ke jalan yang sia -sia. Sesungguhnya, buku ini memang berbaloi untuk dimiliki oleh setiap pelajar seperti saya .

Sabtu, 4 September 2010

Tersenarai Antara 5 Buku Bantu Diri Terlaris PTS Bagi Bulan Julai & Ogos 2010


Alhamdulillah... Dengan izin Allah, buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak tersenarai antara 5 buku kategori Bantu Diri terbitan PTS terlaris bagi bulan Julai & Ogos 2010. Didoakan juga agar Allah meredhai buku ini tersenarai lagi pada bulan September 2010 sebagai antara lima yang terlaris. Dikongsikan perkara ini bukan niat untuk berasa megah atau riak! Cukup sekadar berkongsi dengan pengunjung blog saya ini. Sekurang-kurangnya, Tuan/Puan/Saudara/Saudari/Adik-adik Pelajar mengetahui tentang kelahiran & kewujudan buku ini serta manfaat yang bakal diperoleh setelah membacanya. Khususnya buat Saudara/Saudari/Adik-adik yang bergelar pelajar.

Antara rasional seseorang penulis mahukan perkara ini berlaku kepada buku-buku tulisannya ialah;
* Ia merupakan kayu ukur sejauhmana buku yang mereka tulis diterima oleh khalayak pembaca. Sekiranya laris, ia menunjukkan bahawa buku tulisannya sedikit sebanyak diterima oleh khalayak.

* Ia menunjukkan bahawa ilmu yang disampaikan menerusi bukunya tersebarluas dan dimanfaat oleh khalayak pembaca.

* Ia merupakan satu suntikan semangat atau 'silent motivation' kepada penulis untuk terus berkarya dan menghasilkan buku-buku yang persuasif (buku-buku yang berpengaruh).

* Ia merupakan satu kepuasan spiritual buat penulis yang sukar untuk digambarkan menerusi kata-kata. Hanya kesyukuran kepada Allah yang mampu dilafazkan.

SENTUHAN PEMBUKA 'MOOD'

Buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak menjawab dilema pelajar yang sentiasa dihambat waktu saban hari.

Tempoh masa 24 jam sehari dirasakan terlalu singkat dan tidak cukup bagi mengulang kaji pelajaran dalam tempoh yang lama.

Namun para pelajar mampu tersenyum lega apabila selesai membaca buku ini yang padat dengan pelbagai tip dan info santai seperti:

  1. Bina Mood Belajar Dengan Sengaja
  2. Hentikan Sabotaj Diri Sendiri
  3. Membuka Minda Untuk ‘A’
  4. Praktikkan Pembacaan Aktif
  5. Beranikan Diri Dengan Peperiksaan
  6. Mari Bedah Kertas Peperiksaan
  7. Amalan Kerohanian Penenang Jiwa


Fahami dan praktikkan teknik yang diajar di dalam buku ini bagi menguji keberkesanan belajar dengan cara biasa, namun mampu memperoleh markah yang luar biasa setiap kali kertas peperiksaan ditanda.