
Alhamdulillah... Dengan izin Allah, buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak tersenarai antara 5 buku kategori Bantu Diri terbitan PTS terlaris bagi bulan Julai & Ogos 2010. Didoakan juga agar Allah meredhai buku ini tersenarai lagi pada bulan September 2010 sebagai antara lima yang terlaris. Dikongsikan perkara ini bukan niat untuk berasa megah atau riak! Cukup sekadar berkongsi dengan pengunjung blog saya ini. Sekurang-kurangnya, Tuan/Puan/Saudara/Saudari/Adik-adik Pelajar mengetahui tentang kelahiran & kewujudan buku ini serta manfaat yang bakal diperoleh setelah membacanya. Khususnya buat Saudara/Saudari/Adik-adik yang bergelar pelajar.
Antara rasional seseorang penulis mahukan perkara ini berlaku kepada buku-buku tulisannya ialah;
* Ia merupakan kayu ukur sejauhmana buku yang mereka tulis diterima oleh khalayak pembaca. Sekiranya laris, ia menunjukkan bahawa buku tulisannya sedikit sebanyak diterima oleh khalayak.
* Ia menunjukkan bahawa ilmu yang disampaikan menerusi bukunya tersebarluas dan dimanfaat oleh khalayak pembaca.
* Ia merupakan satu suntikan semangat atau 'silent motivation' kepada penulis untuk terus berkarya dan menghasilkan buku-buku yang persuasif (buku-buku yang berpengaruh).
* Ia merupakan satu kepuasan spiritual buat penulis yang sukar untuk digambarkan menerusi kata-kata. Hanya kesyukuran kepada Allah yang mampu dilafazkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan